Sunday, 1 November 2015

Tips Servis Motorsikal Yamaha 135LC

Tips Servis Motorsikal LC135

Apa-apa tentang penjagaan motorsikal ni kena jaga benda basic jagalah minyak hitam, plug, oil filter, spoket rantai, air coolant. Tayar kena ikut tempoh masa servis yang di tetapkan.
Servis minyak hitam
Tak kira lah minyak hitam mahal murah ikut la. bergantung kepada milleage perjalanan dan keadaan motorsikal tersebut ada yang tukar minyak hitam setiap 1000 km, 3000km, 5000km dan 6000km … Kadang kala tu ada yang tukar minyak hitam setiap sebulan setiap 2 bulan atau 3 bulan sekali...
_______________________________

Jenis minyak hitam
Pemilihan minyak hitam bergantung kepada perjalanan dan cara kita menunggang motorsikal . jenis minyak pelincir terpulang ikut bajet korang samaada nak guna Shell VSX, AGIP, Castrol GOLD POWER 1, MOTUL . Lagi satu sama ada nak guna minyak pelincir Sintetik contoh sae 10w-40, 5w-40 atau minyak pelincir Mineral base contoh 20w-50 dan 20w-40.. Tapi kebiasaannya .. disuggestkan guna mineral based 4t kelikatan 20w-40/50 sudah memadai..
_______________________________

Tukar Oil Filter
Disuggestkan oil filter tukar setiap 2 kali tukar minyak hitam ( senang nak kira) atau Oil Filter ikut manual 1200km atau setahun..
_______________________________


Tukar Spark Plug
Spark Plug motor perlu di tukar pada setiap 10,000km bagi memastikan api di tahap optima, jadi jangan lah lokek untuk membeli sebiji plug sekiranya dah sampai masa kena tukar segera..
Spark Plug kalau nak performance punye NGK 'G' POWER, NGK'R', DENSO biasanya yang mahal sikit dari standard biasa punya yang murah tu..
Peringatan: Cuba buka plug motor tu dan check spark plug dia..... hitam legam atau bersih? kaluhitam teruk, maksudnya pembakaran tidak sempurna.. Kebarang kalian plug terlalu lama dan perlu tukar.
_______________________________


Tukar Coolant
Sila tukar air coolant baru dalam 6-7 bulan. coolant cari yang long life yang warne merah dan gunakan air mineral.. Hantar pusat servis yamaha atau mana-mana workshop suruh diorang buat flush coolant radiator..
Peringatan: Kalau nak check coolant Motorsikal LC 135 ni korang boleh tengok reserve tank ..pastikan cecair coolant paras ditetapkan..kalau kurang, tambahkan... kalau tiba-tiba tank bawah overflow melimpah.. mungkin ada kerosakan berlaku samada gasket bocor, overheat, cap radiator bocor
_______________________________


Periksa Kipas radiator
Kipas radiator harus pastikan berfungsi, tapi kalau ada keluar bunyi 'tek tek tek' bunyi yang keluar dari enjin motorsikal mungkin dah perlu kena tukar yang baru...Sebenarnya kipas kena tukar 2 tahun sekali.. Tak kira lah rosak atau tak rosak kena tukar jugak sebabnya perfomen putaran kipas dah tak sebaik yang baru... Cuba korang tengok keadaan pusing kipas tu laju ke atau slow kekadang kala ada kemungkinan kerosakan disebabkan tak pernah cuci habuk pada kipas radiator tu.... mungkin juga habuk atau pasir ada melekat pada celah kipas yang buat berbunyi kuat kat kipas tu.._______________________________


Periksa Thermostat
Kadang kala kipas tak boleh berpusing ni mungkin di sebabkan thermostat rosak.. 
termostat hanya akan terbuka apabila bahagian bawah panas ( overheat).. bila termostat rosak air coolant memberi tekanan dan memaksa masuk dalam block (gasket head bocor) disebabkan aliran coolant tersekat...... 
Peringatan: Ok macam mana nak check thermostat baik atau rosak 
-Buka tudung radiator tu.... 
-Pulas throttle minyak...klau air coolant tidak memancut dan normal thermostat keadaan baik berfungsi.... Tapi air coolant kalau memancut...maybe thermostat valve dah jammed ( rosak)..
_______________________________

Periksa Bateri
Air bateri kena check selalu sebab cepat kering.. Pastikan Idle charging maintain 13V dalam keadaan baik.. pastikan tukar bateri setiap dua tahun
_______________________________


Periksa Air filter
Air filter Standard punya kalau kotor sikit-sikit tembak dgn angin compressor tapi kalau dah kotor sangat tukar aje baru..
_______________________________


Periksa set sporket dan rantai Motorsikal
Pastikan set sporket dan rantai Motorsikal LC135 anda tidak haus. Jika ianya haus, adalah perlu anda menukar baru. Bagi menjamin mutu dan keselamatan ketika pemanduan.. Letakkan pelincir pada rantai kapcai anda.
-Jarak terbaik untuk menukar rantai adalah sekitar 60,000 kilometer, bergantung kepada faktor tunggangan dan keadaan persekitaran.
-Jika korang asyik ajer ketatkan rantai skru pelaras habis dipusing, tetapi rantai masih kendur, maka tukarlah rantai korang.
Pastikan sporket dan rantai selalu bubuh minyak agar melicinkan pergerakkan..
_______________________________


 Periksa CDI (Capasitor Discharge Ignition)
CDI sebenarnya yang menentukan timing spark untuk spark plug. Ada setting advance , ada setting retard. Jika ada tukar CDi Racing kena pastikan setting angin dan minyak seimbang. Jika tidak, lapisan carbon akan terhasil pada bahagian spark plug korang..Ini akan memberi efek terhadap performance mahupun enjin motor korang.
_______________________________


Periksa Brake motorsikal
Periksa brek sama ada masih okey atau tidak .. Periksa cengkaman brake samaada mencengkam atau tidak.. periksa kandungan minyak brake..kalau kurang tambah kan ajerr... kalau dah lama tak tukar minyak pun dah bertukar warna elok lah tukar minyak baru ajerr... Kalau brake ade problem brake tak berapa mencengkam... caliper perlu diservis. mungkin perlu buat bleeding. tukar minyak brake motor sekali ..
_______________________________
Periksa tayar motorsikal
Periksa tayar cukup angin atau tidak untuk mengelakkan ketidak seimbangan pada motorsikal kita. Tekanan yang sesuai bagi tayar kapcai ialah 200kPa (belakang) dan 175kPa (depan).Jangan pam kurang.jangan pam lebih. kalau angin kurang tayar jadi lembik motorsikal jadi tak seimbangandan makan permukaan sisi tepi tayar , terlebih plak kang cornering masuk longkang kang sebabkeras sangat tayar.

14 comments:

  1. ilmu yang bagus..terima kasih brother kongsi ilmu ...

    ReplyDelete
  2. kalau boleh tlg tmbh info psl shock absorber dpn dgn blakang, mcm mne nk tau dh x ok & cara utk maintain. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bos, InshaAllah di entry yg akan datang sy akan kongsikan

      Delete
  3. Motor lc 135 v1 saya baru jalan 10km dah berbunyi, sebelum nie xdr pun walaupun jalan jauh even 200km (berenti pun sbb isi minyak dah gi tandas tp tu dlm 10 minit camtu berenti), still kipas x bunyi sbb xder dngar bunyi kipas berpusing, tp baru 5 bulan tukar air coolant yg warna merah. Bulan depan baru tukar air coolant.

    Tp kipas tu berbunyi sbb apa ye, sebab saya kena tukar coolant atau kipas radiator tu dah rosak nak kena tukar sbb sejak dari 2014 sy beli moto tu x pernah tukar kipas radiator. Tp kipas tu xder bunyi tek tek, cuma masa off kunci, kipas tu pun off terus. Sebelum tu saya pernah servis karburator sbb masuk air, tp pomen timing standard lc sbb saya lupa nk bgtau moto saya dah pakai block 57mm (block FZ).

    Mmber dgn pomen ckp benda tu biasa sbb member moto y15 walaupun jalan kejap, kipas dia mmg pusing, dpt dngr bunyi dia. So dia lc pun camtu gak rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro punya kes lebih kurang macam saya..saya punya kalo on je moto kipas akan bunyi kuat gila..means kipas tu berpusing tapi bunyi yang kuat menyebabkan kita tidak selesa mendengarnya..bila tanya banyak kedai..its NORMAL bunyi kuat mcm tu yang penting kipas berfungsi..pulakkkk..sebelum beli moto tahun2009 sampai la tahun 2018 xda pulak bunyi..bila tahun lepas minta check kipas radiator kedai tu buat lepas siap terus berbunyi...alasan itu normal..dulu2 guna tak ada pulak bunyi kuat mcm tu..fening2..gi mana2 kedai semua kata LC normal bunyi kipas kuat mcm tu...hmmmm

      Delete
  4. Great info friend, thanks sharing up.

    ReplyDelete
  5. Anggaran harga kalau servis moto lc ni berapa? Kalau kurang servis moto

    ReplyDelete
  6. Tips yg mmg mudah dfhami. Smoga Allah blas balik kbaikn yg dsebarkn.

    ReplyDelete