PERMUKAAN jalan teruk dan rosak sama ada berlubang atau berbonggol banyak memberi kesan ke atas bahagian suspensi kenderaan. Namun faktanya, kondisi jalan bukanlah faktor utama yang menyumbang kepada kerosakan absorber. Mungkin juga kerana usia komponen itu sendiri yang sudah lama.
Absorber yang sudah meredah jarak perbatuan hingga 50,000km sebenarnya sudah patut diganti baharu. Sering membawa beban berat berlebihan juga boleh jadi antara punca absorber rosak. Jangan bimbang, ada cara mudah untuk memeriksa keadaan penyerap hentak belakang sama ada masih baik atau sebaliknya.

- Pertama, periksa secara visual sama ada kelihatan sebarang bendalir minyak pada bahagian absorber. Jika ya, ini bermaksud absorber kenderaan anda perlu diganti.
- Kedua, anda perlu bawa pembonceng dan menunggang dengan laju. Jika bahagian belakang rasa sangat berayun atau terlalu lembut, itu bermakna kemampuan damper cuma bergantung pada strut dan swingarm. Penyelesaian terbaik, segera ganti absorber baharu supaya lebih selesa.
- Perkara sama juga boleh dilakukan untuk menguji absorber kereta, iaitu bawa penumpang belakang dan cuba pandu melepasi jalan berbonggol. Kesan ayunan melampau ialah petanda absorber kereta anda perlu diganti,